10 February, 2018

Bhgn. 1 : Jejalan 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar)


Bhgn. 1  - Perancangan yang Tak Disengajakan 

Alhamdulillah. Kita baru berkesempatan untuk menulis. Nak kata bizi ngan keja tu tidaklah, cuma nak mengarang tu yang amik masa dan mood skit. 

Orait, pada Januari 2018 yang lepas, kita dapat peluang untuk berjalan-jalan ke tempat yang memang ramai bikers nak pergi. 1000 corners, Mae Hong Son, Thailand dan Boten, South China Border, Laos. Impian kita nak ke 1000 corner da lama da, sejak tahun 2012 lagi, sebelum kita miliki Z1000. Kita dari awal lagi da memang berangan nak ke sana. Tak sangka, angan-angan kita tu menjadi kenyataan. Impian kita tu dapat direalisasikan pada awal tahun ni. Syukur ya Allah.

Actually, trip ni bermula dengan cakap-cakap kosong je. Masa tu bulan November 2017. Saja sembang pasal nak ride ke 1000 corners dan Boten. Tapi ceritanya, kita bukan ada motorsikal pun. Z1000 kita da lama terjual dan dah pun menjadi sejarah 2014. Tambah plak, cuti kita pun memang tak denya kalau untuk ride dari Malaysia - Thailand - Laos - Myanmar. 

Tak sangka plak, dari cakap-cakap kosong tu, kita ter "booking" tiket #everyonecanfly pada awal Disember 2017. Ini da benar-benar "serious". Bermula dengan pembelian tiket tu, kita mulalah membuat research dan research untuk mendapatkan info. 

Uniknya trip ni kan, kita melawan arus. Yelah. Dari Luang Prabang - Luang Namtha - Boten - Huay Xai - Golden Triangle - Mae Sai - Taicilek - Chiang Rai - Chiang Mai - Doi Ithanon - Mae Hong Son - Pai - Chiang Mai - Kuala Lumpur. 

Dan setakat ni, memang tak jumpa jumpa info yang route nya macam yang kita gtaw tu yer. Laos - Myanmar - Thailand. Kebiasaannya, Thailand - Laos - Myanmar sebab perjalanannya dengan motosikal, kan. Bukannya fly macam kita ni. 

Route da ada, so... kita pun start buat carian untuk pengangkutan macam minivan, bas, tuk-tuk, motosikal, basikal, restoran halal, penginapan dan tempat-tempat menarik yang nak dilawati. Kita da mula draf itinerary untuk trip ni. All the best, Mawar.... 

Cadangan laluan kita
Actually, kita takut jugak kalau-kalau trip ni tak menjadi kenyataan. Yelah kan, manalah taw, tetiba Allah tak izinkan. So, hari-hari kita berdoa minta Allah permudahkan dan kuatkan semangat kita nak rempuh debaran yang hari hari rasa nak pecah dada ni. 

Nak kata kita excited sangat tu, memang ye... tapi kita beringat-ingat jugak. Yelah, kita ni "lady backpacker" dan tempat kita nak pergi tu plak, tak pernahnya kita sampai. Mau tak kecut perut, boh. 


Day 1 - 26hb Januari 2018
Kuala Lumpur International Airport, Malaysia - Luang Prabang, Lao PDR

Pagi tu, kita bersiap awal, jam 6.00 pagi kita dah dalam ERL transit untuk ke KLIA2, walaupun fly nya jam 12.55 tengahari. Bersemangat ter. Lagipun, polisi terbaru Air Asia waktu tu, pintu gate dibuka 4 jam sebelum penerbangan. Check in awal-awal, kita relaks skit. Boleh update, like facebook dan up status whatsup, kan.


Penerbangan pada tengahari Jumaat tu, penuh. Ramai jugak rakyat Malaysia yang terbang ke Luang Prabang. Kebanyakkan mereka ni nak ke Mount Phou Si, Air Terjun Kuang Si dan Blue Lagoon, Vang Vieng. Omputih pun ramai jugak.

Apalah yang best sangat kat Luang Prabang ni ye. Yang kita tau, Luang Prabang ni, telah diisytiharkan sebagai tapak UNESCO pada tahun 1995. Dan Luang Prabang ini jugak dulunya adalah ibu kota Lao PDR sebelum dipindahkan ke Vientiane. Nak tau lagi, klik pada perkataan yang telah kita "bold" kan tu, ye!


Rupa-rupanya tahun 2018 adalah Tahun Melawat Laos. Kira tepat dah masanya kita mai waktu ni. Sure kerajaan Lao PDR dah pertingkatkan dan mantapkan infrastruktur, hospitaliti dan lain-lain bagi menyambut kedatangan para pelancong, kan, kan, kan.


Semasa penerbangan, kita dapatlah tengok "view" yang subhanallah, memukau mata kita. Dari udara, kita nampak bukit bukau yang pepohonnya yang berwarna warni dan jelas kelihatan alur sungai (jangka kita itu Sungai Mekong), jalanraya yang berliku-liku, sawah padi dan mungkin tanaman kontang yang terbentang luas.

Tepat jam 3.00 petang, kita selamat mendarat di Lapangan Terbang Luang Prabang, Lao PDR. Ramainya pelancong jangan cakaplah. Beratur panjang ter. Nasib Laos tu negara ASEAN, tak perlulah kita nak masuk melalui visa. Jadinya, kita bolehlah beratur bersama rakyat-rakyat Laos jugak. Barisannya pendek je lah. Takdelah panjang macam "foreigners" (omputih, Korean, Japanese, dll) tu.



Kita beli poskad ni bersama dengan dua keping setem dengan harga 15,000 kip. Mahal kan.
Selesai berbaris di kaunter imigresen Laos, kat tengah lobi ada sediakan simkad, money exchange, tempahan teksi dan kedai souvenir. Kita ada beli poskad, tapi sehingga artikel ni ditulis, kita belum terima lagi poskad tu. Sesat agaksnya. 

Ini "guesthouse" berhadapan dengan Vanvisa Guesthouse
Dengan menaiki minivan lapangan terbang, kita sampai lah ke Vanvisa Guesthouse. Pemandangan Luang Prabang ni seakan sama dengan Phnom Penh. Jalan raya berdebu, berlopak dan kenderaan di jalanraya begitu banyak dan bersimpang siur. Fening kita dibuatnya. 

Terlupa kita nak "mention", di Laos, kenderaan yang paling glamer adalah Hyundai dan Toyota. Starex memang banyak kat sana. Wow... dan orang Korea pun ramai laa sangat kat Luang Prabang ni. Ada yang macam pelancong dan ada jugak yang macam bisnesman. Ramai sesangat ter...

Kat sana jugak, banyak "guesthouse" yang mana kita duduk bersama dengan tuan rumah. Ala kalu kat tempat kita, macam "homestay" gitu. hik3. Yang bagusnya diorang ni, nak masuk rumah kena bukak kasut. Macam guesthouse di Ben Thanh, Vietnam dan Mae Hong Son, Thailand. 

Di Vanvisa Guesthouse, bilik kita tu kecik je. Tapi bilik airnya besar. Toilet bowl nya plak comey gitu. Kecik dan rendah. Tidak pula diorang ni sediakan kelengkapan mandi macam sabun dan syampu. Nasib kita ada bawak Lulur Sengkuang Mustika Ratu ni. Kalau tak, huhuhu. Peti ais dan pendingin hawa, ada je, tapi tak berfungsi. 

Nasib la kat sana tu malamnya dingin dan nyaman. Kipas yang ada pun, kita tak buka. Sejuk kot. Ada tv tapi semuanya channel Cina. Tak faham apa diorang cakap pun. 

Orang Laos tak sebegitu peramah. Mungkin sebab kekangan bahasa atau mungkin sebab orang Laos anggap kita orang Muslim Khmer. Diorang suka sangat "speaking" bahasa sana ngan kita. Macamlah kita paham. Jadinya, terpaksalah perkenalkan yang kita ni "Malaysian".  Orang Malaysia.

Untuk menyapa orang sana, kita sering sebut "sabaidee". Itu pasalla kot diorang ingat kita orang Khmer.. aish!!! 

Pakaian rasmi diorang kot ni
Waktu 3.00 petang, seakan da macam jam 5.00 petang, kita bergegas ke "travel agent" untuk "booking" minivan atau bas untuk pergerakan ke Luang Namtha. Perjalanan ke Luang Namtha amik masa 8 jam. Jadi, kita memang nak kena bergerak awal-awal pagi. 

Mala Travel, fasih berbahasa Inggeris. Di sini, diorang lebih kepada bahasa Perancis.
Tiket untuk ke Luang Namtha
Selesai tempahan minivan ke Luang Namtha, kita pun pusing-pusing kota Luang Prabang je lah. Menurut pengamatan kita dari minivan ke "guesthouse" tadi, kita perasan ada pasar malam. Jomlah kita cari "souvenirs" untuk orang kampung kita tu.  

Kisah perjuangan orang Laos untuk membina bangsa berdaulat. Bahasa jiwa Bangsa.
Kita tak faham apa maksud signboard ni. hik3
Kita dah tampal stiker Canon Rider di sini.
Antara pengangkutan yang ada di Luang Prabang.
Sama je la dengan Thailand dan Phnom Penh. Yang ini namanya "jumbo"

Papan tanda tempat-tempat yang patut dilawati semasa berada
di Kota Diraja Purba Luang Prabang
Suka kita apabila diberi kebenaran "posing" dengan tuk-tuk
Elok kita cuci-cuci mata, tak tersengaja ternampak papan tanda Mount Phousi. Tak sangkalah plak. Memang ada dalam itinerary untuk tengok sunset dari puncak Mount Phousi. Kita pun mendakilah. Ramainya orang jangan cakaplah. Konon nak sampai ke puncak lah yer. 300 anak tangga kot. Ditambah plak ada bayaran. Kita daki sekerat jalan udahler. 

Di atas puncak Mount Phousi ni ada stupa. Itu yang diorang jual bunga dan
anak burung cute di tepi tangga Mount Phousi
20,000 kip untuk tengok sunset.
Pepohon tak berdaun dan kanopi pasar malam di hadapan Wat Wisunarat yang
dibina pada abad ke-16 melatari latar belakang kita
Bangunan ikonik Wat Wisunarat Luang Prabang
Tak de kuasa kita nak melawat stupa waktu maghrib cenggitu. Baik kita cari makan. Tadi perut ni hanya beralaskan nasi lemak je dari atas "flight". Dari pembacaan kita, ada tiga tempat makan Halal di Luang Prabang. Chennai Restaurant, Nazim Restaurant & Jasmin Restaurant (Malay and Indian Food) dan Watthat Homestay & Restaurant (chicken larb). Jom kita cari makan plak. 

Kedai runcit di Luang Prabang. Geram nak beli M&M tu tapi tak de plak tanda halal
Kita try tanya, berapa? Murah je.. dalam RM1.50 sekotak.
Banyak bangunan lama di Luang Prabang. Salah satunya 1934.
Waktu senja di Luang Prabang, nampak macam suram je. Kedengaran mantera dari Wat yang berhampiran. Macam tempat kita, tarahim dari masjid tu ler. hik3. Aha, lupa kita nak gitaw, berada di Laos seakan-akan kita kembali kepada zaman kita kecik-kecik dulu. Zaman 80an. 

Kita tengah "negotiate" tapi bagai ayam dengan itik. hik3. Mahal kot barangan di pasar malam ni.
Nak mencari Restoran Nazim (masakan india) tapi google maps ni ntah tersasar ke mana-mana ntah. Alih-alih kita cuba-cubalah menyusuri jalanraya di pesisiran Sungai Mekong ni. Aha, ternampak papan tanda Halal. Apa lagi, jom lah kita.





Unik tempat duduk belakang tu.hik3
Nampak tak Malaysian food... wow!!! Chennai Restaurant


Pemandangan dari sudut ujung restoran. Bot yang membawa pelancong yang bermalam menelusuri Sungai Mekong
Servisnya lambat sangat. Lebih dari 45 minit tunggu Nasi Briyani Ayam ni.
First time makan yang sedap cenggini. Memang sedap atau memang kita tengah lapar. hik3
Selesai makan di Chennai Restaurant, kita pun meronda cuci mata lagi sekali kat pasar malam semasa on the way balik ke Vanvisa Guesthouse. Nak membeli "souvenirs" tak dak ati dah. Sebab mahal sangat. Kawasan tu memang harga tak masuk akal. Kawasan pelancongan kan.. cenggitu ler. Pasar malam nya dipenuhi dengan omputih dan bangsa asing. 


Cucuk sanggul dan arak yang ada kala jengking dan ular tedung
Kalau boleh baca... silakan.
Pelukis Laos. Berbakat kot.
Orait.. da selesai untuk cerita kita pada hari pertama di Laos. Tepatnya Luang Prabang. Sepatutnya, kalau tidak disebabkan flight jam 8.30 pagi ditunda ke jam 12.55 tengahari, kita sah-sah akan pergi ke Air Terjun Kuang Si yang terkenal tu. 

Apa-apa pun, meh kita mengira perbelanjaan yang kita kuarkan pada hari pertama di Laos. RM1 bersamaan 1,800 kip. 
  • Simkad untuk 5 hari, 2 GB 150 baht 
  • Poskad bersama dua keping setem 15,000 kip
  • Minivan ke Vanvisa Guesthouse 25,000 kip
  • Souvenir - 14 beg kecik gambar gajah bertulis Laos 70,000 kip
  • Makan malam sepinggan nasi briyani untuk dua orang 31,000 kip
  • Minivan untuk ke Luang Namtha 140,000 kip
  • Sehari di Vanvisa Guesthouse by Agoda RM80
Orite... itu je yang dapat kita kongsi untuk kali ini. Seterusnya, kita layan citer kita dari Luang Prabang ke Luang Nam Tha. Satu hari perjalanan yang berliku-liku. Boleh klik Bhgn. 2 : Jejalan 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar). See ya! #spreadlove - Canon Rider was here... 

No comments: