16 February, 2018

Bhgn 7 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar)

Cerita di Laos, dah selesai. Sekarang ni kita nak bercerita tentang pengalaman kita di Mae-Sai pula.  Mae Sai adalah bandar yang paling utara di Thailand. Bandarnya adalah pintu masuk dan keluar untuk ke Taichilek, Myanmar. 

Sebelum tiba di Mae Sai, kita ada kisahkan tentang perjalanan kita dalam Bhgn 6 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar), pengalaman kita di Golden Triangle.

Bhgn. 7 - Sikit Lagi untuk Cop Myanmar pada Buku Merah

Day 3 - 29hb Januari 2018
Mae Sai

Perjalanan dari jam 7.30 pagi tadi, sehingga jam 5.00 petang, yang bermula dari Tanah Luang Namtha, Laos hinggalah ke bandar yang paling utara di Thailand iaitu Mae Sai akhirnya terhenti jugak. 

Lega apabila kita dapat betulkan urat belikat di Mae Sai Complex Hotel. Nasib tiada khidmat massage, kalu tak, kita nak book.

Padahal jarak dari Luang Nam Tha ke Mae Sai, hanya 270km sahaja, tapi disebabkan dek dihinjut bas sardin, bertukar-tukar tuk-tuk, berkejar ke sana sini sebab kejar masa, itu laa buat kita jadi lenguh-lenguh badan... Tambah plak, bawak beban beg galas lebih 10kg di belakang.

Mae Sai Town
Bandar paling utara yang sibuk
Border Checkpoint untuk ke Myanmar
Posing di hadapan hotel bajet kita
Sesampai nya kat Mae Sai Town, kita da nampak da border checkpoint Thai - Myanmar. Wow!!! memang dekat. Tapi masa tu perut kita da lapar sangat. Manalah makan lagi, pagi tadi perut kita hanya beralaskan sarapan di Zuela Guesthouse kat Luang Namtha.

Sekali terpandangkan 7-Eleven. Apalagi, jom ler kita beli burger CP halal yang sedap tu. Kecur liur kita time tu. Apalagi, abih burger tu, kita borong. Tapi 4 plastik je pun. Perut kita lapar kot. 

Belakang tu adalah Sungai Ruak yang memisahkan tanah Thai dengan Myanmar. Aliran sungai ini akan bercantum dengan Sungai Mekong di Golden Triangle nanti
Canon Rider dah letak cop di sini. Canon Rider was here...
Da selesai urusan check-in, makan burger pun sudah, jomler kita cari kedai makan pula. Mana nak kenyang dengan makan burger tu je. Lagipun, udara kat sini sejuk. 

Memang terasa nak makan masakan panas-panas. Kalau boleh pekena nasi goreng ataupun nasi briyani pun ok dah. Janji nasik dan apa apa yang panas serta mengenyangkan. Sebab esok lagi sekali kita nak "amazing race". Kali ini ke Myanmar dan Chiang Mai pulak. 

Pilih saja... belinya tidak, hik3
Sapa pernah minum Kopi Doi Chang?
Kita beli bedak Thanaka je...
Wajib posing kot!!! Vespa paling rare kita jumpa dalam hidup
Yeah... ada makanan halal di sini. Perut kita da laporrr
Malangnya, kedai da tutup pun. Kedai halal ni tutup pada jam 6.00 petang. 
Another one, halal restoran opposite dengan tokong cina, dekat je dengan border
Hubpa Cafe. Ini je pilihan yang ada. Yang lain, semuanya sudah tutup
Nasi kari ayam. huhuhu.. boleh lah
Diorang memang tak kaco gula dalam air chocolate ni. Tawaq!!! Jadinya, kena boh sendiri air gulanya.
Ayam kari...alhamdullillah. Kenyang perut kita untuk malam ni
Makcik comey ni jual gelang jade, kita beli 5 urat
Adik manis comey ni jual cincin jade. Sebab dia comel, kita grab satu, harganya dalam 1500baht
Setelah selesai makan, jejalan dan shopping, meh ler kita "recharge" untuk trip esok pula.

Sebenarnya kan, kita dah tak sabar untuk hari esok. Sebab trip esok kita akan ke Taichilek, Myanmar, then ke Wat Rong Khun dan seterusnya ke Chiang Mai

Orait, uols. Kita berhenti di sini dulu ye. Kita jumpa pada episod seterusnya. Boleh klik Bhgn 8 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar)#spreadlove - Canon Rider was here...

No comments: