19 February, 2018

Bhgn. 11 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar)

Bismillahirrahmanirrahim...

Hai, uols! Kita sambung lagi kisah perjalanan kita ke Mae Hong Son. Crazy Road yang macam ular kena palu tu ada 1,864 selekoh. Mau tidaknya, ada bermacam-macam bentuk selekoh. Ada yang berbentuk V, W, L, S dan Z. Malah ada juga yang bentuknya memang tak pernah terlintas pun di kotak fikiran ni.

Kita tau, ramai dah bikers yang dah ke sana. Kita je yang belum sampai lagi. Dan yang pasti kali ini, pada 31 Januari 2018, kita dah pun jejak. Dah dapat sijil dah pun. Satu as Super Traveller dan satu lagi as Super Rider. Wow! Tahniah, Mawar, dream comes true.

Bagi yang belum lagi membaca kisah kita yang sebelum ni, boleh baca kat sini, Bhgn. 10 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar)

Bhgn. 11 - Dream Comes True, Mae Hong Son!

Day 5 - 31hb Januari 2018
Mae Hong Son

Setelah berjaya mengharungi perit getir menanggung derita perasaan semasa merentasi Hutan Simpan Doi Ithanon, kita pun berenti rehat seketika sambil membasahkan tekak dengan Teh Lemon Oishi di warung tepi jalan @ unknown area. 

Dalam 10 minit camtu, kita pun meneruskan perjalanan. Pada waktu tu, matahari tegak di kepala, panas tetapi udaranya sejuk menggigil sampai ke tulang. Huhuhu...


Sentiasa ada...
Tengoklah orang tempatan tu, dia pun pakai jaket tebal jugak taw. Kita ni, apatah lagi...
Ini je view yang dapat kita snap. Tetapi kita nak post jugak sebab ada bukit, hik3
Apa yang kita nampak, itulah yang kita akan hadap nanti.
Locals@unknown area

Unik, kreatif, jimat! I Love Thailand - Police Roadblock's Gate

Berhenti minum air dan makan kuaci dulu. Laporrr dan mengantuk, awaknya!!!

Subhanallah! Indahnya...pemandangan ni.
Lega apabila kita ternampak pintu gerbang tu
Yeaaaa...Kita sudah menghampiri highway yang sepatutnya, Highway 108.
Doi Wangla Wildlife Sanctuary
Sebelum tu, ada tugu ini...
Yeaaahhhhhh.. lagi 44km. Selekoh ni dah buat kita rasa nak lena je.
Padi huma
Bestnya, alur sungai buat kita rasa geram, geram, geram nak celup kaki. Mesti airnya sejuk giler, kan.
Phabong Hot Spring
Faborite kita, suka snap papan tanda
Kita sudah menghampiri Mae Hong Son. Lagi 13km...Yes, dah dekat.
Kita dah sampai. "Welcome to Mae Hong Son, Mawar!"
Orait, meh kita ceritakan sedikit tentang Mae Hong Son yang kita cedok dari website Wikipedia

Actually, Mae Hong Son ini berjiran dengan Myanmar. Ooo, sebab itulah, kita ada perasan jugak, yang rekabentuk Wat nya lebih kepada arkitektur Burma (Myanmar).

Maklumlah, kitakan dah sampai Myanmar. Kitakan ada melawat Pagoda Shwedagon yang berusia 2500 tahun di Tachileik. Boleh baca kisahnya di sini, Bhgn. 8 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar).  FYI, Mae Hong Son juga dikenali sebagai "The City of Three Mists". Kenapa? Yang itu, uols boleh baca pada pada perkataan yang telah kita "bold" kan tu, ye.  

Bandar Mae Hong Son telah wujud sejak awal kurun ke-19 lagi. Bandarnya dikelilingi oleh gunung ganang (Shan Hills) dan sentiasa dilitupi kabus. Sebab itulah ianya dikenali sebagai "The City of Three Mists".

Semasa kurun ke-19 tu, Mae Hong Son dijadikan tempat Latihan Gajah Liar di bawah arahan King of Chiangmai. Gajah-gajah liar ni berasal dari pergunungan Shan telah dilatih untuk persediaan perang dan kerja-kerja buruh yang lain.

Disebabkan muka bentuk wilayahnya yang berbukit-bukau dan bergunung-ganang itulah, yang menyebabkan ianya terkenal di kalangan para pelancong yang inginkan cabaran "layan selekoh".

Sebab itulah jugak, ramai rakyat Malaysia yang terjebak dan addict datang ke sini. Dan memang memang banyak jugaklah kelab-kelab motosikal Malaysia dan antarabangsa yang dah sampai ke sini. Kawasaki Lady Bikers pun dah sampai sini jugak. 

Kebanyakan pelancong asing yang lain, perjalanan mereka hanya akan terhenti di Pai sahaja. Mereka memang tak kental nak melayan selekoh-selekoh tajam untuk ke Mae Hong Son ni.

Lagipun, kat Mae Hong Son tu, bukannya ada apa-apa pun. Sebab tu lah, pada tahun 2012, Mae Hong Son pernah tercatat di antara wilayah yang paling miskin di Thailand. Tetapi setelah ia mempunyai lapangan terbangnya sendiri, taraf ekonomi Mae Hong Son ini semakin berkembang.

Di Mae Hong Son juga terkenal dengan puak Karen Kayan Lahwi. Mereka adalah kumpulan puak Karen yang paling terkecil di Thailand. Keunikan puak Karen Kayan Lahwi ini adalah pemakaian cincin tembaga paling besar di sekeliling leher kaum wanita mereka berbanding puak-puak Karen yang lain. So, amiklah peluang bergambar dengan mereka nanti, ye.

Sejarah Tercipta setelah bertahun-tahun menanam impian. Terima kasih Ya Allah.
Thanx U. Muahs! I Love You... kita da sampai sini dah.
Rasa macam nak menari pun hado...hik3
Kita tampal sticker "Canon Rider was here..." dulu la yer!
Bergambor puas-puas. Lepas ni tak mo mai sini dah. Cukuplah untuk kali ini je!
Crazy Corner 1,864
Masjid Nuruthtaqwa di Mae Hong Son
Kebetulan tak dak orang, boleh la kita amik gambar
Kedai makanan halal di Mae Hong Son, dibuka selepas jam 6.00 petang
Nasi briyani ayam, kedai depan masjid

Dekat dengan Pasar Malam Mae Hong Son. Nganta Hotel ni ada menyediakan tempat bergambar seperti ini.
Kita apalagi, bergambar la...for the last!
Wat Jong Klang & Wat Jong Kham berhampiran dengan Pasar Malam Mae Hong Son
Malam tu, indah sangat, sebab The Super Blue Blood Moon 2018 terjadi. Dapatlah kita tengok dengan jelas.
Laluan yang telah kita lalui hari ini
Setia di sisi... You are my seven wonders #cyunxsamakamu
Alhamdulillah, impian kita untuk merentasi gunung-ganang Mae Hong Son dan berada di Mae Hong Son dah tercapai. Syukur Ya Allah. Pada malam tu, kita lena dengan senyuman yang tak sudah-sudah. 

Dah la, kita berpeluang datang ke sini dengan laluan luar biasa, ada pulak kejadian Super Blue Blood Moon (Gerhana Bulan) yang pernah terjadi pada September 2015 dan kali ini ia terjadi lagi pada 31 Januari 2018. Hebat kenangan tu...

Di Chamber of Commerce petang tadi, kita dapat sijil Super Traveller dan Super Rider yang membuktikan kita sudah berjaya melalui cabaran 1,864 crazy curves in the world. 

Dan, dan yang paling kita suka sangat, apabila kita dapat lena dalam rumah kayu yang di hadapannya ada bendang padi yang disekelilingnya ada bukit-bukau yang menghijau dan gunung-ganang yang biru berbalam-balam. Apabila malam, dan malam tu pulak, bulan purnama, its seriously marbelous. Its real naked beautiful scenery yang pernah kita tengok sebelum ni. Alhamdullillah...syukur Ya Allah.

Orait, kita dah nak tutup dah cerita kita ni. Apa-apa pun, sebelum kita stop, meh kita kira berapa perbelanjaan untuk kali ini. 
  • Makan tengahari di Mae Hong Son - 200 baht
  • Souvenir - 500 baht
  • Minyak motosikal - 600 baht
  • Phuchomjan Guesthouse - 650 baht
Ok, got to go. See ya dalam episod seterusnya. Boleh klik Bhgn. 12 : Jelajah 3 Negara (Laos - Thailand - Myanmar). #spreadlove - Canon Rider was here...

No comments: